Friday, July 12, 2013

Honda - Model konsep NSX Yang Dipamerkan Di - N A I A S 2012 -



Gambaran artis generasi terbaru Honda NSX 
Honda Amerika telah mengumumkan mereka akan mempamerkan empat buah model terbaru
di North American International Auto Show 2012 pada Januari tahun lepas, termasuklah versi konsep terbaru kereta sport Acura NSX. Model NSX Concept terbaru itu akan memperlihatkan arah rekabentuk terkini yang bakal diterapkan terhadap model supercar Acura, versi sama yang dijangkakan bakal menggunakan lencana Honda untuk pasaran di luar Amerika.
Jika segalanya berjalan lancar, kita semua bakal menyaksikan kelahiran semula legenda NSX di pasaran dunia pada 2014 nanti. Menurut laporan terdahulu, NSX generasi terbaru akan mengikuti trend semasa dengan menggunakan teknologi enjin hibrid berprestasi tinggi.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :