Friday, July 12, 2013

Vanquish Volante Dikeluarkan Sempena Ulang Tahun Ke 100 Aston Martin


2014 Aston Martin Vanquish Volante merupakan sebuah kereta edisi khas yang dikeluarkan oleh syarikat kereta terkenal dari British iaitu Aston Martin. Ia dikeluarkan sempena ulang tahun ke 100 syarikat itu dan memberikan kereta mewah dengan kondisi yang paling terbaik pernah dihasilkan.
Badan Aston Martin Vanquish Volante dibuat sepenuhnya dengan gentian karbon dan menggunakan enjin V12 AM11 5.9 liter 565hp. Vanquish Volante dapat mencapai kelajuan 60mph dalam 4.1 saat dan kelajuaan maksima 183mph. Aston Martin mengatakan, badan Vanquish Volante antara yang terbaik pernah dihasilkan dan dihasilkan khas untuk pengendalian yang tepat.

Vanquish Volante didatangkan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan iai juga datang dengan satu set brek karbon-seramik yang memberi cengkaman yang mantap. Versi ini dijual pada harga £200,000 - RM 986,733.00.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :