1 Polis Malaysia Jaga 700 Penduduk VS 1 Polis New York Jaga 35 Penduduk
Semakin menjadi-jadi sekarang ini, lepas satu-satu kita semua mendengar kes pembunuhan yang menggunakan senjata api.
Walaupon nilai Ringgit Malaysia semakin jatuh dibandingkan dengan Singapore Dollar & US Dollar, tetapi jumlah kes bunuh semakin meningkat. Kes tembak oleh pembunuh upahan di tempat awam sudah menjadi norma kehidupan di Malaysia. Sebelum itu….
Sebelum itu, Berita Semasa mahu mengajak anda semua meneliti kenyataan daripada seorang yang bergelar menteri yang menjaga keselamatan rakyat Malaysia semua mengenai isu semasa melibatkan kes pembunuhan yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.
Jikalau sebelum ini, rakyat malaysia diperdengarkan dan didendangkan halwa telinga masing-masing bahawa indeks jenayah telah menurun. Lagi? Malaysia antara negara paling selamat. Tiba-tiba apabila kes tembak & bunuh semakin berleluasa, anggota polis tidak mencukupi dijadikan alasan pula.
Jangan Salahkan Kami Kes Jenayah Meningkat. Sebabnya?- polis di Malaysia menghadapi kekurangan jumlah anggota
- polis di Malaysia menghadapi kekurangan peralatan & senjata
- pembebasan tahanan di Simpang Renggam
- Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati i Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur (29 Julai 2013)
- Aktivis antijenayah Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan (27 Julai 2013)
- Kes tembak dilaporkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menyebabkan seorang cedera (30 julai 2013)
- Seorang lelaki maut dan dua parah ditembak oleh lelaki yang menaiki sebuah kereta ketika ketiga-tiga mereka sedang minum di bahagian luar sebuah restoran di Kampung Simee di Ipoh (28 Julai 2013)
- Dato’ Hj. Shahruddin Ibrahim (Timbalan Ketua Pengarah Kastam)ditembak di lampu isyarat presint 8, Putrajaya (26 April 2013)
- pembelian peralatan baru untuk anggota polis
- menambah lebih banyak litar kamera tertutup (CCTV) bagi membanteras kejadian jenayah pada masa depan
- Jikalau survival kerajaan tergugat, polis tidak cukup pun akan dicukupkan. Bersusun & berbaris panjang anggota polis diarahkan bertugas dengan segera seperti di ___________ & __________
- Tetapi, jikalau untuk rakyat bilangan anggota polsi tidak pernah cukup
- 9% anggota polis ditempatkan di Jabatan Siasatan Jenayah
- 3.8% di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
- 1.4 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
- Ini soalan Berita Semasa kepada menteri, berapa ramai pula pegawai polis di bawah Cawangan Khas?
- tangkap ahli politik bernama ____________
- tangkap pemimpin politik bernama ___________
- mengumpul seberapa ramai anggota untuk mengawasi di setiap perhimpunan & ceramah orang politik
- Menangkap ahli politik bernama ___________mengiringi sehingga ke Kota Bharu
Kes tembak & bunuh yang melibatkan individu berprofil tinggi & orang awam seperti :
Erm…….beginilah. Terkejut sebenarnya apabila kenyataan di atas datang seorang menteri yang menjaga satu porfolio yang cukup penting. Menteri Malaysia, jikalau bab lepas tangan & bagi alasan yang tidak senonoh memang NO. 1
Bukan rakyat Malaysia tidak menyalahkan anggota polis, tetapi yang rakyat persoalkan adalah pihak atasan termasuk Kementerian Dalam Negeri yang memberikan arahan & kepada anggota polis di peringkat bawah. Bukan minta jenayah ini terus meningkat dan terus berlaku, tetapi yang rakyat Malaysia risaukan adalah tahap keselamatan melibatkan mereka dan keluarga mereka.
Alasan seperti yang diberikan Zahid Hamidi tidak patut diberikan atas kapasitinya sebagai seorang menteri.
Bagi Berita Semasa tugas polis sekarang ini agak berceluru.
Hakikatnya sekarang ini berdasarkan jawapan Zahid Hamidi di parlimen :
Anggota polis tidak akan pernah cukup jikalau kerja atas arahan pihak atasan untuk :
Sepatutnya sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab, Zahid Hamidi seharusnya mengakui jenayah di Malaysia semakin meningkat dan berusaha keras untuk mempertingkatnya termasuklah pengambilan anggota polis baru.
Selepas itu, bagilah tips & panduan lain untuk rakyat lakukan bagi menolong polis membenteras jenayah, tips apa yang perlu kita sebagai rakyat buat untuk menjaga keharmonian sesama jiran tetangga dan lain-lain lagi.
Malangnya kenyataan yang diberikan hanya mahu melepaskan tengkuk masing-masing….
P/S : Harapan Berita Semasa cuma satu sahaja. Diharapkan suatu hari nanti ayat dan kenyataan yang keluar daripada mulut YAB Dato Menteri akan lebih bernas dan menggambarkan status mereka yang menjaga kestabilan & keamanan negara baik daripada sudut pengurusan, ekonomi dan keselematan negara.
PP/S : Apa pendapat anda pula? Ada idea dan cadangan bagaimana untuk meningkatkan tahap keselamatan di Malaysia. Menteri perlukan bantuan anda semua…
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :