Wednesday, August 7, 2013

Lelaki larikan Wan Aisyah diburu


Mohd Adnan menunjukkan wajah suspek yang dikehendaki. FOTO Asyraf Hamzah





"Polis juga sudah mengambil keterangan daripada mangsa dan emak suspek bagi melengkapkan siasatan. Suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Muka depan Harian Metro hari ini melaporkan Wan Aisyah dilarikan selepas diserahkan ibunya kepada suspek yang juga teman lelaki ibunya sebelum ditemui semula selepas diserahkan ibu suspek di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang. 

Ibu kanak-kanak itu, Arbaiyah Md Zin, 32, turut menyerahkan wang tunai sebanyak RM25,000 kepada suspek kononnya untuk memulakan perniagaan emas. 

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta untuk menghubungi Inspektor Zalina Mohamad di talian 019-3502695 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak atau balai polis berdekatan.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :