Pernah berangan atau bercita-cita nak bekerja di pejabat google ?
Setelah sekian lama, akhirnya, kini Google membuka pejabat mereka secara rasminya di Kuala Lumpur. Ianya juga dijangka yang mana penyertaan Google pada industri tempatan mungkin akan menggalakkan perniagaan tempatan untuk menggunaakan platform internet dan memperkembangkan perniagaan mereka diperingkat antarabangsa
Julian Persaud, Pengarah Pengurusan Google SEA Bercakap [via]
Pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan Antarabangsa juga melihat untuk bekerjasama bersama Google pada masa akan datang.
Ianya diperkatakan yang mana dengan kadar penggunaan internet di Malaysia melebihi 55.6%, Malaysia merupakan salah satu negara Asia Pasifik dengan pengguna Google Chrome tertinggi, selain turut mempunyai ramai pengguna aktif Google Adsense dan Adwords dalam mempromosikan perniagaan mereka.
Sebelum ini, Paypal turut membuka pejabat mereka di Kuala Lumpur, memperlihatkan yang mana para gergasi internet kini berminat dengan pasaran Asia Tenggara buat masa kini.
4 comments:
nice blog !
serabutttttttttttttttt
kenape dgn dia ni...meroyan xdpt mkn nasi bln2 puasa ni ke? heheheee
Hahaaa berapa agk2 gaji keje dgn google ni ?? Lumayan x ?
Post a Comment
Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :