Tuesday, July 2, 2013

SERIUS : APABILA IKAN KELI CUBA MENELAN SEBIJI BOLA - 5 Gambar

Seorang penduduk di kawasan itu menyaksikan bola yang melantun ke arah kolam berhampiran lalu disambar oleh seekor ikan keli yang besar. Ikan keli Flatheat tu cuba menelan bola itu namun gagal apabila bola itu tersangkut di mulutnya.


Ikan keli tersebut cuba untuk mengeluarkan bola itu dari mulutnya namun gagal sehingga keletihan. Cubaan untuk mengeluarkan bola dari mulut keli tidak mendatangan hasil. Mereka mengambil keputusan untuk mengempiskan bola tersebut, setelah 5 minit bergelut bola itu akhirnya berjaya dikeluarkan dari mulut ikan keli tersebut.

Happy ending...


BUGATI VERYON YANG BADASS VERSI EMAS - 7 Gambar

So, macam mana nak showoff pada orang yang showoff? Jadi la orang yang lagi SHOWOFF! Flo-Rida dikatakan tidak puas hati dengan keadaan kereta Bugatti Veyron miliknya. Yeah, tak puas hati. Jadi untuk meningkatkan tahap show off beliau, tidak lain tidak bukan EMAS! 




7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

KIA TRACK'STER - 8 GAMBAR

Kia Track'ster ialah sebuah kereta AWD 3 pintu yang berasaskan Kia Soul. Ianya dipertontonkan kepada umum ketika Pameran Kereta Chicago baru-baru ini. Kia Track'ster diperkasakan dengan enjin 2.0 liter Turbocharged yang mampu menghasilkan 250 kuasa kuda. .



Cool : Pembuatan CombiBars, Kepingan Emas 1 gram Dan Bernombor Siri - 10 Gambar

Pembuatan CombiBars, Kepingan Emas 1 gram Dan Bernombor Siri.
CombiBars adalah emas yang dihasilkan dalam kepingan 1 gram dan ianya mempunyai nomber siri yang mana mempunyai maklumat pemiliknya. Kepingan 1 gram ini dihasilkan untuk memudahkan mereka untuk menjualnya apabila memerlukan duit.









Serius : Kartel Dadah Mexico Guna Meriam - Teknik Baru Seludup Dadah - 5 Gambar

Kartel Dadah Mexico Guna Meriam - Teknik Baru Seludup Dadah.
Memang kreatif kartel dadah ni, dari laluan bawah tanah ke perut burung ke televisyen dan kini pula menggunakan meriam untuk seludup dadah. Mereka akan melepaskan tembakan untuk memastikan dadah yang dimasukkan ke dalam tong akan melepasi sempadan Mexico dan AS di Arizona. Namun beberapa hari lepas, pihak berkuasa berjaya menjumpai 30 tong yang tak berjaya melepasi sempadan itu. 




Jongkong Emas Bank Of England Bernilai RM750 Billion - 6 Gambar

Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! 

Info tambahan:

Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan.

Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada.

Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.

Bayangkan saja, untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.