hasil terjemah dari otak yang baru lepas bgn tidur/termenung/berangan dan berfikir : Lincah Betul
Friday, June 28, 2013
2 Waktu Tidur Yang Di Benci Allah S.W.T
Labels:
Islamik
1. Tidur di Pagi Hari Setelah Solat Subuh .
DARI Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi radiyallahhu ‘anhu bahwasannya Nabi Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
” Ya Allah, berkatilah bagi ummatku pada pagi harinya ”
(HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan ibnu Hibban 7/122 dengan sanad sahih).
Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya mensia-siakan waktu dengan tidur, dimana beliau berkata : “Termasuk hal yang makruh bagi mereka iaitu orang soleh adalah tidur antara solat subuh ketika terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga . Terdapat kebiasaan yang menarik mengenai manfaat waktu tersebut dari orang-orang yang soleh, walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak berhenti untuk beristirehat pada waktu tersebut sehinggalah matahari terbit tinggi.
Kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya.
Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembahagian, turunnya keberkatan dari Nya pada hari itu berjalan dan mengembalikan segala kejadian, hari itu atas kejadian yang mahal tersebut. Maka rugi tidur pada ketika itu seperti tidurnya orang yang terpaksa”
(Madaarijus-Saalikiin 1/459).
2. Tidur Sebelum Solat isya’Diriwayatkan dari Abu Barzah radiyallahhu ‘anhu :
” Bahawasannya Rasulullah Sallallaahu ‘Alaihi Wasallam membenci orang yang tidur sebelum menunaikan solat isya' dan bercerita selepasnya”
(HR. Bukhari 568 dan Muslim 647).
hadis-hadis Nabi ini menerangkan makruhnya tidur sebelum solat isya’.
Oleh sebab itu At-Tirmidzi (1/314) mengatakan :
“ Ulama menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum solat isya’ dan bercerita setelahnya"
Dan sebagian ulama’ lainnya memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak mengatakan :
“ Kebanyakan hadis Nabi melarangnya, sebahagian ulama membolehkan tidur sebelum solat isya’ khusus di bulan Ramadan saja. ”
Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari (2/49) :
“ Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkan dirinya untuk solat, atau diketahui dari kebiasaannya bahwa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu solat. "
Pendapat ini juga tepat, tujuan beliau menyatakan bahawa larangan-larangan tersebut adalah kerana bimbang akan terlewatnya waktu solat kita .
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :