Friday, June 28, 2013

Pencipta Kod Bar Meninggal Dunia




New Jersey – Individu yang pertama kali memperkenalkan sistem bar kod pada barang-barang, hingga ia digunakan di seluruh dunia, Norman Joseph Woodland, meninggal dunia pada usia 91 tahun di rumahnya, di sini.

Norman, meninggal dunia selepas menderita penyakit Alzheimer.

Paten bar kod yang diperkenalkannya pada 1952, telah digunakan sebanyak lima juta kali dalam sehari di seluruh dunia.

Bekas pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal ini pada mulanya hanya mengetahui kod Morse yang dipelajarinya semasa menjadi anggota pasukan pengakap.

Namun suatu hari, ketika duduk di tepi pantai, Woodland telah melukis bentuk bulat dan pangkah.

“Ia merupakan satu inspirasi kepadanya kerana di sebalik titik bulat dan pangkah, ia boleh digantikan dengan palang nipis,’’ kata anaknya, Susan Woodlands.

Woodland dan rakannya, Bernard Silver kemudiannya mematenkan kod tersebut pada 1949.

Rakannya, Silver meninggal dunia pada 1963.

Sebelum itu, Woodland telah menyertai IBM pada 1951 dengan harapan dapat membangunkan bar kod itu, namun teknologi ketika itu tidak membolehkan ciptaan berkenaan dilaksanakan sehinggalah laser dicipta.

Penggunaan laser itu membolehkan ia membaca kod bar berkenaan.

Pada awal 1970-an, Woodland kemudiannya menyertai IBM Research Triangle Park.

Woodland dan pengasas Microsoft, Bill Gates merupakan antara tokoh yang pernah mendapat anugerah daripada White House pada 1992.

Anugerah itu disampaikan atas pencapaian mereka dalam bidang teknologi oleh Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George H.W. Bush.





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :