Friday, June 28, 2013

INFO RINGKAS : Fakta Dunia




BOM ATOM
Bom atom pertama dibina mengambil masa selama 3 tahun dengan kos AS$3 bilion dan memerlukan saintis, jurutera dan tenaga pekerja yang ramai. 


MAJLIS PERTUNANGAN
Upacara menyarung cincin berlian di majlis pertunangan telah dimulakan pada tahun 1475 oleh Archduke Maximilian (Autria) ke jari tunangnya Princess Mary Burgundy). Ketika itu cincin disarungkan ke jari hantu. 


MAHARAJA MOROCCO
Maharaja Morocco, Moulay Ismail (1672 - 1727) mempunyai 525 anak lelaki dan 342 anak perempuan yang dilahirkan oleh 1,703 orang isterinya. 


BERAS
90 peratus pengeluaran beras dunia adalah dari benua Asia dengan China sebagai pengeluar terbesar iaitu 177.7 juta tan metrik berbanding Malaysia 2.17 juta 
tan metrik. 


TAHUN BARU CINA
Masyarakat Cina memerlukan 600,000 peti limau mandarin untuk merayakan Tahun Baru Cina. Ini bermakna mereka membelanjakan RM12 juta untuk membeli limau sahaja. 


PULAU BATU HAIRAN
Pulau Batu Hairan, 65 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah merupakan pulau terbaru wujud di dunia. Pulau ini mempunyai keluasan 0.77 hektar dan 3.1 meter 
tinggi, ditemui pada 14 April 1988. 


PAPUA NEW GUINEA
Papua New Guinea dianggarkan mempunyai 4 juta penduduk, menggunakan paling banyak bahasa di dunia iaitu 869 kesemuanya. Setiap bahasa digunakan oleh lebih 4,000 orang penduduk. 


MICROPATENT
Penerbit komersil maklumat hak cipta, MicroPatent, Connecticut, Amerika Syarikat, memiliki koleksi 1,730 CD-ROM yang mengandungi hampir 20 juta halaman senarai pemilik hak cipta utiliti di seluruh Amerika Syarikat 





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :