Sunday, June 30, 2013

TRAGEDI : Dompet Aaron Aziz Kena Curi

Aaron Aziz
Pelakon dan pengacara hebat, Aaron Aziz telah mengesahkan bahawa dompetnya telah dicuri sewaktu sedang mengikuti acara Lari Amal Aaron ERA bertempat di Stadium Bukit Jalil pagi tadi.
Berita ini telah disahkan sendiri oleh pelakon kacak tersebut menerusi laman Twitternya beberapa minit lalu dengan status berbunyi :
Wallet Aaron Aziz kena curi
Aaron Aziz
Aaron ikuti larian amal bersama penyampai radio Era
Meskipun begitu, Aaron tetap melahirkan rasa lega kerana di dalam dompet tersebut tidak mengandungi sebarang wang tunai mahupun kad kredit.
Aaron Aziz

Beberapa minit sebelum mengikuti larian amal dan insiden kecurian ini berlaku, Aaron telah sempat memuat naik sebuah video menerusi laman Keek-nya, di mana pada ketika itu Aaron telah melahirkan rasa tidak percaya yang dia akan mengikuti larian amal tersebut.

Sumber : Twitter & Keek Aaron Aziz

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :