Sunday, June 30, 2013

WOW : Kejutan Loudness Buat Peminat

27-atxl1
Mesti ramai yang dah tau kumpulan rock terkenal dari Jepun akan datang membuat persembahan untuk konsert Thunder In The East 2013 di Malaysia kan?
Dah beli tiket ke belum? Kalau belum, sila cepat-cepat serbu kaunter jualan tiket kerana Loudness khabarnya akan memberi kejutan buat peminat-peminat pada konsert itu.
Penganjur konsert ini, Clockwork Events mengatakan yang Loudness akan membawa seorang gitaris cilik untuk mengiringi persembahan mereka di samping beberapa kejutan lain.
Selain daripada itu, Search yang ditemui pada Sidang Media Konsert Thunder In The East 2013 di Hard Rock Cafe petang semalam menyatakan keterujaan mereka untuk bergabung kembali dengan Loudness serta dua lagi kumpulan rock terkenal iaitu Rusty Blade dan Slank.
Ini adalah sesuatu yang kami nantikan selepas kali pertama Search dijemput untuk berkongsi pentas dengan Loudness dua tahun lepas. Dan saya sangat berharap konsert ini mendapat sambutan yang hangat dan menggalakkan memandangkan band-band yang akan buat persembahan bukan calang-calang.
Search-2
Sidang Media Konsert Thunder In The East 2013

Search juga ada mengatakan yang mereka akan membuat kejutan kepada peminat tapi masih memikirkan idea-idea menarik untuk menjadikan persembahan mereka malam itu lebih berbisa.
Setakat ini kami telah berbincang untuk mempersembahkan 10 buah lagu yang popular di zaman 80an. Semua lagu berirama balada dan rancak akan kami selitkan tapi belum ada persetujuan dalam memilih lagu-lagu yang sesuai.
Search kini sedang sibuk membuat persiapan untuk persembahan Akustika Malam Edan di Singapore Art Performance Center dan menyatakan yang mereka akan mula berlatih dan berbincang dengan lebih lanjut mengenai konsert Thunder In The East selepas selesai membuat persembahan di Singapura nanti.
Search-5
Kumpulan Search
Wakil daripada Clockwork, Iman Tang menjelaskan pemilihan Search sebagai penghibur dari Malaysia pada malam itu dibuat kerana usia Search yang cukup lama di dalam industri sehingga dilabel senior rock Malaysia.
Jadi, jika ada di antara anda yang teruja tapi masih belum mendapatkan tiket, Ticket Pro ada menyediakan tiga saluran alternatif untuk penjualan tiket iaitu melalui kaunter, hotline ataupun secara atas talian.
Tiket-tiket yang dijual bermula dari RM138, RM258 (VIP Silver), RM398 (VIP Gold) dan RM888 (VIP Platinum). Kalau anda beli tiket VIP Platinum, anda layak diberikan keistimewaan seperti menonton dari ruang Rock Zone berhadapan pentas, mengikuti bengkel gitar bersama Akira Takasaki, sesi ‘meet & greet’ bersama Loudness, kemeja T ekslusif percuma dan poster percuma.
Menarik kan? Tunggu apa lagi? Cepat dapatkan tiket anda dengan menghubungi talian hotline 03 7880 7999 atau beli di www.ticketpro.com.my.
Bagi yang dah dapatkan tiket, jumpa anda semua di Stadium Merdeka 30 Jun nanti ya! Sebelum tu jom tengok foto-foto yang sempat dirakam sepanjang majlis sidang media semalam.



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :