1. Bau mulut atau tubuh bayi adalah sebahagian dari angin syurga.
2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai kanak-kanak .
3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah . Serta orang yang menangis kerana Allah s.w.t maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya .
4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.
5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia mendapat rahmat dari Allah s.w.t dan tidak akan diseksa di akhirat kelak .
6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki . Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika ia berusia 7 tahun dan pukul lah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun .
8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama .
9. Barangsiapa meninggal kan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua mereka bakal menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya .
10. Barangsiapa membekal kan anak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua itu akan mendapatkan pahala seperti pahala anak-anak mereka itu .
11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkan lah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah ku didik, ku ajar dan ku nikahkan . Semoga Allah melindungimu serta diriku dari segala bencana di dunia dan akhirat "
12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi benteng atau penghalang kita dari masuk ke dalam neraka.
13. Anak-anak adalah benteng neraka, dgn itu makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian sirath . insya-Allah .
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :