Friday, June 28, 2013

LG Mengesahkan Kemunculan Skrin Boleh Lentur Menjelang Akhir Tahun


Skrin boleh lentur LG disahkan akan mula dihasilkan secara besar-besaran mulai suku keempat tahun ini, menurut LG. Syarikat itu juga memberikan pengesahan bahawa telefon pintar menggunakan skrin ini akan juga tampil menjelang penghujung tahun ini.
Skrin Boleh Lentur

LG Mengesahkan Kemunculan Skrin Boleh Lentur Menjelang Akhir Tahun


Menurut akhbar Korea Times yang becakap dengan wakil syarikat tersebut, LG telahpun siap menjalankan pembangunan berkaitan skrin tersebut serta telah menghantar sampel-sampel produk tersebut kepada pelanggan, seperti LG Electronics. LG Display akan mula menghasilkan skrin ini secara besar-besaran mulai suku keempat tahun ini.
LG Display menganggarkan ia akan menghasilkan sebanyak 12,000 keping skrin OLED boleh lentur itu setiap bulan, yang akan dihasilkan di kompleks pengilangannya di Paju, Korea Selatan.
Walaupun mengumumkan perancangan untuk memulakan produksi pada suku keempat tahun ini dan penegluaran telefon pintar dengan skrin boleh lentur menjelang penghujung tahun ini, LG tidak pula memberi kenyataan mengenai spesifikasi skrin OLED tersebut seperti resolusinya dan syarikat mana yang akan menggunapakai skrin boleh lentur ini dalam produk mereka. Mungkin tiba masanya untuk permainan teka-teki bermula.
Teknologi skrin boleh lentur telah diperkenalkan oleh Samsung dan LG awal tahun ini, namun LG merupakan yang pertama untuk mengumumkan penghasilannya secara komersial di samping sebuah peranti yang menggunakan teknologi ini padanya.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :