Pusat Perubatan Prince Court diiktiraf sebagai hospital terbaik di dunia di bawah sektor perubatan pelancongan oleh Pelancongan Kualiti Perubatan (MTQUA) 2013 baru-baru ini. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan pencapaian ini kerana bukan mudah untuk diiktiraf sebagai hospital terbaik di dunia terutama apabila perlu menyaingi hospital-hospital terkenal di Eropah,'' katanya semasa majlis pengumuman tersebut di sini hari ini.
Ruang legar yang luas dan menenangkan dengan lanskap yang menarik |
Lebih membanggakan katanya, Prince Court telah mengatasi beberapa pusat perubatan yang terkenal di dunia seperti Pusat Perubatan Anadolu, Turki; Pusat Perubatan Bangkok, Thailand dan Hospital Gleaneagles Singapura.
Pengiktirafan Prince Court sekali gus mewujudkan landasan untuk MHTC memperluaskan matlamat meningkatkan industri pelancongan perubatan negara di mata dunia.
Katanya, pada tahun lalu jumlah pesakit asing telah meningkat kepada sejumlah 6,071 orang berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 5,083 orang.
Sekali pandang tak ubah macam dalam bilik hotel 5 bintang |
Jelasnya, kos operasi yang tinggi melibatkan penggunaan peralatan hospital yang canggih dan terkini serta kos-kos lain. Terdapat peningkatan yang memberangsangkan dari segi jumlah pesakit, namun kami masih belum mampu mencatatkan untung," katanya. Hospital itu merekodkan perolehan sebanyak RM112 juta tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :