Friday, July 12, 2013

Aston Martin Racing Mengumumkan Vantage GT3 Baru


Aston Martin Racing telah mengumumkan model baru kereta lumba Vantage GT3 berdasarkan model jalanan V12 Vantage, bersedia untuk pertandingan yang akan diadakan pada 2012.
Vantage GT3 akan menggantikan model DBRS9, yang dilancarkan pada 2006 di Le Mans, dan sejak itu sebanyak 26 casis telah dibina untuk perlumbaan dan berjaya memenangi beberapa perlumbaan dalam siri nasional dan antarabangsa di seluruh dunia. Terkini memenangi perlumbaan di Australian GT di Mount Panorama pada Oktober tahun lepas dan berjaya menduduki podium di Zolder minggu lepas. Model baru GT3 akan menyertai barisan terbesar dan komprehensif kereta lumba Aston Martin seperti Vantage GT2, GT4, DBR9 dan AMR-One LMP1.
Dibina mematuhi peraturan FIA, ianya dilengkapi enjin V12 6.0 liter berdasarkan model produksi V12 Vantage, kereta itu akan menggunakan kotak gear perlumbaan semi-automatik Xtrac bersama ‘paddle shift’, termasuk teknologi terkini sistem ABS dan ‘traction control’ yang dibangunkan khas untuk perlumbaan, dioptimumkan untuk Vantage GT3. Aston Martin Racing menyasarkan beratnya 1250kg, pengeluaran kuasa melebihi 600bhp dan 700Nm. Kereta pertama akan siap dibangunkan pada Julai 2011 dan akan menjalani ujian ekstensif semasa program pembangunannya sepanjang baki tahun ini. Sepuluh pelanggan akan menerima kereta yang sudah siap terbina selepas itu pada permulaan tahun 2012 yang lalu.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :