Mazda telah mengumumkan teknologi terbaru yang dipanggil teknologi SKYACTIV. Teknologi terbaru ini bagi saya amat menarik kerana kemampuannya menjimatkan bahan api sehingga jarak 30km dengan hanya satu liter penggunaan petrol.
Teknologi SKYACTIV bukan saja melibatkan enjin, malah merangkumi transmisi, badan kenderaan dan casis. Terdapat dua jenis enjin SKYACTIV iaitu enjin petrol yang dikenali sebagai SKYACTIV-G, manakala enjin diesel dikenali sebagai SKYACTIV-D.
Teknologi SKYACTIV bukan saja melibatkan enjin, malah merangkumi transmisi, badan kenderaan dan casis. Terdapat dua jenis enjin SKYACTIV iaitu enjin petrol yang dikenali sebagai SKYACTIV-G, manakala enjin diesel dikenali sebagai SKYACTIV-D.
Dijadualkan akan muncul dalam produk Mazda bermula tahun 2011, model pertama yang akan menerima teknologi tersebut ialah Mazda Demio, dikenali di pasaran luar selain Jepun sebagai Mazda2. Mazda Demio akan mula dijual di pasaran Jepun (JDM) pada setengah tahun pertama 2011, bermakna ia akan menemui pelanggan bermula Jun 2011. Ia akan dikuasakan oleh SKYACTIV-G, enjin petrol generasi seterusnya dari Mazda dengan sistem pancitan terus, secara signifikan menambahbaik tahap penggunaan bahan api dan menjadikannya begitu menjimatkan. Mazda Demio SKYACTIV-G mampu mencapai jarak penggunaan 1 liter petrol sehingga 30km tanpa sebarang bantuan dari teknologi hibrid (motor elektrik).
Jarak 30km dengan hanya 1 liter petrol tanpa bantuan sistem teknologi hibrid yang mahal sememangnya amat mengkagumkan. Enjin petrol masa depan seperti yang cuba diterapkan oleh Mazda melalui teknologi SKYACTIV sememangnya membuktikan kemampuan Mazda dan kualiti produk mereka. Saya teringat kembali kenyataan dari syarikat automotif tempatan PERODUA sebelum ini. Menurut PERODUA, mereka tidak akan menawarkan enjin hibrid pada kenderaan mereka, sebaliknya akan menampilkan enjin petrol yang lebih efisien dalam penggunaan bahan api, mungkin teknologi tersebut ada persamaannya dengan teknologi SKYACTIV.
Mazda akan menampilkan teknologi SKYACTIV dalam kesemua model keretanya menjelang tahun 2016, selain menetapkan sasaran menambahbaik tahap penjimatan bahan api sehingga 30 peratus untuk setiap kereta keluaran mereka menjelang 2015. Saksikan galeri enjin, transmisi, badan kenderaan dan casis dari teknologi SKYACTIV.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :