Friday, July 12, 2013

Nissan Serena S-Hybrid Bakal Dilancarkan Di Malaysia 23 Julai 2013


Nissan bakal melancarkan model terbarunya iaitu Nissan Serena Smart Hybrid (S-Hybrid) pada 23 Julai ini.
MPV hibrid pertama di Malaysia ini pastinya akan menjadi rebutan ramai kerana ia dijangkakan lebih murah berbanding dengan pesaing-pesaingnya yang lain.
Nissan Serena S-Hybrid bakal diimport sepenuhnya daripada Jepun untuk mendapatkan perlepasan cukai daripada kerajaan Malaysia. MPV ini bakal dijana denganan enjin 2.0 liter MR20DD dengan 147 PS dan 210 Nm. Perlu diingatkan bahawa model ini bukanlah hibrid sepenuhnya seperti model yang dikeluarkan oleh Honda dan Toyota.
Didatangkan dalam 4 warna iaitu Dark Purple, Super Black, Pearl White, Brilliant Silve, Nissan Serena S-Hybrid sudah pun dibuka untuk tempahan awal. Penempah awal bakal mendapat kadar pinjaman serendah 2.38%, pakej servis percuma dan pakej insuran percuma.
Sama-samalah kita nantikan harga rasmi Nissan Serena S-Hybrid yang bakal diumumkan pada 23 Julai ini.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :