Friday, July 12, 2013

Mazda Lancarkan Generasi Serba Baharu Mazda 3 Tahun 2014


Wow. Memang cantik, menawan dan mengkagumkan. Mazda hari ini telah pun melancarkan generasi serba baharu Mazda 3 2014.
Memang boleh meleleh air liur dibuatnya. Majlis pelancaran ini telah pun diadakan di New York sekaligus dengan sambutan ulangtahun ke 10 Mazda.
Mazda 3 2014 tampil dengan teknologi canggih SKYACTIV dan sentuhan rekaan Kodo yang memastikan ia tampil anggun dan bergaya. Mazda 3 2014 merupakan generasi yang ketiga yang kini tampil dengan jarak roda 106.3 inci, yang mana ianya 2.4 inci lebih panjang berbanding generasi sebelumnya.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Mazda 3 2014 akan ditawarkan dalam dua pilihan enjin petrol, SKYACTIV-G 2.0 liter dan SKYACTIV-G 2.5 liter, enjin yang sebelumnya melengkapi model CX-5 dan Mazda6 2014. Bagi pasaran global, Mazda 3 akan menawarkan pilihan ‘powertrain’ SKYACTIV yang lebih luas bagi menepati kehendak pasaran tempatan bermula dari saiz 1.5 liter ke 2.5 liter, termasuk enjin diesel SKYACTIV-D 2.2 liter dan model hibrid elektrik hanya untuk pasaran Jepun.
Ciri-ciri keselamatan standard yang dibekalkan untuk Mazda3 2014 serba baharu ini antaranya termasuklah enam beg udara, ABS, EBD, BA, DSC, TCS, TPMS (tire pressure monitoring system) dan banyak lagi. Mazda 3 2014 bakal didapati dengan pilihan transmisi manual SKYACTIV-MT enam kelajuan dan automatik SKYACTIV-Drive enam kelajuan.

Apa kata anda mengenai rekaan terbaru Mazda 3 2014 ini? Cukup mengkagumkan bukan? 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :