Friday, July 26, 2013

Black Berry Z10

2013 adalah tahun yang sangat penting untuk Blackberry (sebelum ini dikenali sebagai RIM). 
Blackberry mengharapkan BB Z10 ini dapat mengembalikan keyakinan orang ramai semula .

Selepas syarikat mereka mengalami krisis dan kerugian agak kritikal kerana tidak mampu memberi persaingan kepada Android dan iOS yang semakin mendapat tempat di hati pengguna.

Bukan mudah untuk Blackberry kerana HTC One, iPhone model baru, Xperia Z dan Galaxy S4 akan mula dijual tidak lama lagi. Mampukah BB Z10 menaikkan semula nama BlackBerry? Berbaloikah untuk anda membeli BB Z10 ini? Baca review sepenuhnya untuk mengetahui.
Unboxing Video

Design
Design BB Z10 ini sememangnya banyak berubah daripada model-model sebelum ini dan menggunakan design yang sama dengan iPhone dan Android. Sejurus selepas keluar daripada kotak, apa yang boleh kami katakan kualiti pembuatan BB Z10 ini agak baik dan sedap dipegang. Kaca (bukan Gorilla Glass) digunakan pada bahagian hadapan dengan bezel plastik pada bahagian atas dan bawah.
Bahagian belakangnya juga menggunakan plastik tetapi mempunyai kemasan lembut seperti getah. Walaupun kualitinya baik dan sedap dipegang, ianya tidak premium seperti kebanyakan smartphone lain. Kami lebih suka bahagian belakang carbon-fibre pada BB 9900 ataupun kemasan kulit pada BB 9700.
Tidak banyak butang fizikal yang terdapat pada BB Z10 ini. Hanya butang kuasa, volume up/down serta satu butang voice control di tengah-tengahnya. Tiada home-button, tiada camera button, tetapi anda boleh menggunakan butang volume up untuk menangkap gambar. Ini membuatkan designnya nampak minimalis dan kemas.
Selain itu, tiada slot memori-kad dan simkad pada bahagian luar kerana penutup belakang BB Z10 ini boleh dibuka dan kedua-dua slot tersebut ada di belakang, bersebelahan dengan bateri yang juga boleh dibuka. Kami tiada masalah dengan perkara ini kerana ianya membuat design luarannya lebih kemas.

Hardware
Spesifikasi Z10 boleh dikatakan agak hebat dan berkuasa. Menggunakan cip-pemprosesan dwi-teras (dual-core) 1.5 GHz, 2GB RAM, 16GB storan dalaman, sokongan memori kad sehingga 32GB, 8 Megapiksel kamera utama, 2 Megapiksel kamera hadapan, kapasiti bateri 1800 mAh, Bluetooth 4.0, NFC dan sensor-sensor biasa yang terdapat pada smartphone lain seperti accelerometer, magnetometer, ambient light dan gyroscope.
Size badannya hanya sedikit lebih besar dan tebal daripada iPhone 5. Beratnya adalah 137gram dan mempunyai ketebalan 9.3mm. Sedikit mengecewakan, model BB Z10 yang dijual di Malaysia tidak mempunyai sokongan LTE walaupun Maxis dan Celcom sudahpun melancarkan LTE masing-masing. Kami tidak pasti kenapa Blackberry tidak mahu menjual versi LTE di Malaysia kerana Singapore mendapat versi LTE.

Display
BB Z10 menggunakan skrin IPS bersaiz 4.2 inci dengan resolusi 1280×768. Ini bermakna BB Z10 mempunyai 356 ‘pixel-per-inch’ (PPI) dan ianya lebih tinggi berbanding iPhone 5 (326 ppi).
Skrinnya cantik dan sangat tajam. Tetapi, brightness nya tidak seterang iPhone 5 dan Galaxy SIII. Color saturation nya juga tidak secantik iPhone 5 dan Galaxy SIII. Tetapi pada kami ianya hanya isu kecil dan perbezaannya tidaklah terlalu ketara.

Performance
Walaupun kebanyakan smartphone terkini di pasaran menggunakan cip-pemprosesan 4 teras, bukan semua yang benar-benar memerlukannya. Mungkin kerana sistem operasi yang tidak berat seperti Android, BB Z10 hanya menggunakan dual-core tetapi mempunyai RAM sebanyak 2GB, dua kali ganda berbanding kebanyakan smartphone termasuk iPhone 5 yang hanya mempunyai 1GB



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :