Friday, July 12, 2013

Aston Martin V12 Zagato Bersedia Untuk Pameran di Frankfurt 2011


Model terbaru Aston Martin yang pernah diperkenalkan sebelum ini, Aston Martin V12 Zagato 
telah membuat pameran mainstream buat pertama kali di Frankfurt Motor Show 2011 pada September 2011 yang lalu.
Ia dikeluarkan dalam edisi terhad 150 unit pada tahun 2012, V12 Zagato dikilangkan secara buatan tangan di ibu pejabat Aston Martin di Gaydon, England, menampilkan material aluminium dan karbon fiber di setiap bahagian badannya. Enjinnya berkapasiti 6.0 liter, menghasilkan kuasa maksimum 517ps dan 570Nm tork maksimum.

Aston Martin V12 Zagato merupakan projek usaha sama di antara syarikat itu dengan Zagato, memberikan tumpuan kepada hasil pertukangan unggul, prestasi dan eksklusiviti melalui sokongan daripada kerjasama asal yang pernah diadakan dahulu. Sepasang V12 Zagato telah dipamerkan di Frankfurt 2011 bersama-sama model supercar One-77 dan Virage dan Vantage S yang dilancarkan tidak lama dulu.


No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :