Thursday, July 25, 2013

Penyelidik Keselamatan Turki Bertanggungjawab Atas Pencerobohan Laman Web Apple

Penyelidik Keselamatan Turki Bertanggungjawab Atas Pencerobohan Laman Web Apple

Penyelidik Keselamatan Turki Bertanggungjawab Atas Pencerobohan Laman Web Apple



Mengenai berita di mana Laman Web Pembangun Aplikasi Apple telah diceroboh oleh penggodam, dan Apple mendakawa lebih 275,000 maklumat pembangun aplikasi pihak ketiga telah pun dicuri.

Seorang penyelidik keselamatan Turki Ibrahim Balic tampil mendakwa dia bertanggungjawab atas pencerobohan tersebut. Namun menurut Ibrahim Balic dia hanyalah membuat demonstrasi kepada Apple bahawa sistem mereka mempunyai kelemahan keselamatan yang membolehkan data pengguna dicerobohi.

Ibrahim Balic turut memuat naik video ke Youtube yang menunjukkan bahawa laman tersebut memang mempunyai kelemahan keselamatan. Ibrahim Balic juga mengatakan dia telah melaporkan semua kelemahan keselamatan itu kepada Apple dan menunggu pengesahan.

Video tersebut juga menunjukkan nama pembangun aplikasi dan ID mereka termasuklah Demon, Freeserve dan MindSpring. Menurut Ibrahim Balic tujuan beliau bukanlah untuk menceroboh laman web Apple. Dia telah menjumpai 13 kelemahan dalam sistem keselamatan Apple dan telah melaporkan kesemuanya secara terus kepada pihak Apple. Selepas laporan tersebut dibuat pihak Apple menutup laman web mereka dan mengumumkan bahawa sistem mereka telah dicerobohi dan data telah pun dicuri oleh penyerang.

Ibrahim Balic menjelaskan tujuan beliau adalah untuk menguji sejauh mana beliau boleh masuk ke dalam sistem pelayan Apple melalui kelemahan keselamatan yang ditemuinya dan melaporkannya kepada Apple untuk tujuan naik taraf. Namun Apple tidak memberi sebarang respon dan menutup laman tersebut serta mengumumkan kepada umum bahawa sistem mereka telah dicerobohi oleh penggodam.