Friday, July 5, 2013

Senjata Terkini Tentera Singapura

Senjata Terkini Tentera Singapura

  SINGAPURA (AFP) – Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Menteri pertahanan negara tersebut berkata akan memesan sebanyak 8000 unit iPad kepada rekrut baru dari bulan November.

Beliau juga bercadang untuk membekalkan peranti tersebut bagi sektor perkhidmatan yang lain pada tahun depan. iPad yang dijual di Singapore pada harga serendah SGD668 (+/- RM1,640.24) . Panglima Angkatan Tentera (CDF) Leftenan-Jeneral (LG) Neo Kian Hong berkata dengan penggunaan iPad ini akan memberi kelebihan kepada Angkatan Bersenjata Singapura(SAF) tentang keupayaan teknologi yang ramai digunakan oleh belia di negara itu.
“Dengan mengeksploitasi penggunaan maklumat yang popular dan teknologi komunikasi terkini, kita dapat memanfaatkan kelebihan celik teknologi hari ini dalam bidang yang diceburi” berkata Panglima Angkatan Tentera (CDF) Leftenan-Jeneral (LG) Neo Kian Hong.
Fail foto menunjukkan tentera Singapura dalam perbarisan. Rekrut baru tentera Singapura kini dilengkapi dengan kelengkapan baru selain senjata – iPad.(AFP/File/Alex Tan)
Akhbar harian Singapura, Straits Times melaporkan Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi. Tentera juga boleh menghantar sebarang mesej & pertanyaan kepada pihak atasan melalui sistem pesanan semasa atau perbincangan berkumpulan dalam talian yang diwujudkan.
Angkatan Bersenjata Singapura(SAF) juga berkata telah bekerjasama dengan kontraktor swasta untuk membangunkan iPad aplikasi mengikut keperluan dengan pelbagai fungsi yang diperlukan.
Menurut Wikipedia.org Angkatan Bersenjata Singapura amat bergantung pada pasukan askar kerahan dalam angkatan aktif dan simpanan. SAF berupaya mengerah sebanyak 300,000 askar simpanan di samping 72,500 orang tentera yang aktif bagi mempertahankan Singapura. Malah merupakan angkatan tentera yang paling maju dalam kelengkapan pertahanan di Asia.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :