Memang menarik berita berkenaan Honda NSX terbaru, kali ini pengesahan rasmi daripada Presiden Honda,
Takanobu Ito telah memberikan harapan untuk melihat model itu menjadi realiti. Menurut Ito, Honda NSX terbaru akan dibangunkan berasaskan model kereta lumba Super GT HSV-010GT yang menggunakan enjin 3.4 liter V8 dengan kuasa 500hp dan 392Nm tork. Honda mempunyai rancangan untuk membina model kereta sport berprestasi tinggi dan pada masa yang sama mampu dimiliki, harapan yang diletakkan terhadap model NSX terbaru.

Diharapkan projek berskala besar dan berkos tinggi ini tidak akan tergendala sekali lagi. Kereta sport legenda seperti NSX tidak sepatutnya dibiarkan berkubur tanpa ada pengganti, tidak kira sama ada ia bakal dijana enjin hibrid, elektrik, petrol atau apa saja, peminat Honda ada sebab untuk bergembira dengan berita ini. Bilakah model ini akan dibangunkan dan kemudian dipamerkan di pameran motor antarabangsa, seterusnya dilancarkan secara rasmi? Sama-sama kita nantikan.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :