Friday, July 12, 2013

Kemunculan Pertama Rapide S Di Malaysia


Aston Martin Kuala Lumpur telah mengumumkan kemunculan pertama Rapide S, GT 4-tempat duduk mewah, lebih prestasi dan moden, yang mana bakal menggantikan Rapide sedia ada.
Kawalan kestabilan dinamik (DSC-Dynamic Stability Control) untuk kereta tersebut relah disemak semula oleh Jurutera Aston Martin di Gaydon, England bagi memenuhi kenaikkan kuasa dan tork.
Tiga ketetapan ditawarkan untuk Adaptive Damping System (ADS); Normal, Sport dan Track, dengan karakter setiapnya dicipta bersesuaian dengan sifat semulajadi Rapide S.

Enjin 6.0-liter V12 yang baharu ini lebih kuat dan cekap. Peningkatan kuasanya jika dibandingkan dengan versi terdahulu; naik 17% atau 80bhp, dari 471bhp di 6,000rpm kepada 551bhp di 6750rpm. Tork juga turut meningkat, dari 600Nm kepada 650Nm di 5,000rpm.
Rapide S mencatatkan 0-100kph hanya mengambil masa 4.9 saat, yang mana kurang 0.3 saat dari versi yang dahulu. Manakala kelajuan maksimum untuk model baru ini ialah 306kph.
Antara penambahbaikkan yang boleh didapati di model terbaru ini ialah kalibrasi transmisi, ADS diperhalusi, keupayaan brek dan juga pengoptimuman enjin output.

Pemandu dijanjikan respon Rapide S yang lebih pantas dan tangkas.
Rapide S yang baharu ini juga turut menepati piawaian Eropah untuk Peraturan Keselamatan penjalan kaki dengan rekabetuk gril depannya yang berinovatif.
Aston Martin Rapide S boleh mula ditempah, dengan harga bermula dari RM 1.9 juta. 



No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :