Padang pasir bukanlah destinasi pelancongan tipikal bagi kebanyakkan individu. Suhu yang panas serta lokasinya yang jauh membuatkan ianya kurang digemari orang ramai.
Ini adalah benar terutamanya dikalangan orang Malaysia yang melancong untuk shopping bukan untuk mendalami budaya masyarakat tempatan.Gurun Xiangshawan terletak 800 kilometer dari Beijing dan kerajaan China cuba menjadikannya destinasi pelancongan.
Hotel Lotus dibina bagi memudahkan pelancong berlindung dari kepanasan dan pada waktu yang sama menikmati pemandangan semula jadi Gurun Xiangshawan yang indah. Rekaan bunga lotus diambil kerana ianya hanya tumbuh di atas permukaan air. Ianya simbolik terhadap fungsi Hotel Lotus sebagai oasis buatan manusia di tengah lautan pasir. Hotel ini dijangka mula beroperasi Mac tahun hadapan. Sangat menarik.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen / pesanan atau cadangan anda berkaitan post di sini :